aku selalu berpesan pada hati , untuk tidak terlalu dalam mencintaimu
kerana aku takut , jika satu hari nanti kau tidak lagi disisiku
pasti aku akan kecewa dan terluka..
aku selalu pesan pada hati agar tidak terlalu berharap kerana jika
satu hari nanti , tiada jodoh antara kita , pasti hidup akan derita dan
pasti akan terasa kehilanganmu ..
aku takut akan kehilanganmu kerana keadaan itu akan membuatkan
aku menangis dan air mataku akan mengalir tanpa henti
walau aku mampu menyembunyikannye , hatiku pasti menangis jua
cintailah aku secara diam agar semakin manis penuh keindahan di alam perkahwinan
kerana itu membuatkan hatiku bertambah tenang ..
bukan tiada cinta , bukan tiada sayang , cuma berpesan pada hati agar
aku mencintaimu secara bersahaja kerana seandainya tiada jodoh antara kita
jiwa dan hati ku tidak lah terlalu parah
Ya Allah , andai telah ditakdirkan dia jodohku ,aku terima dia seadanya ..
ketika kami belum dijodohkan , jagalah hati kami dari gundah dan gelisah ,
peliharalah hubungan kami , jadikan lah kami pasangan yang beriman dan bertakwa
serta beramal soleh .. Amin ya rabbalalamin
No comments:
Post a Comment